Awal Pemerintahan Al-Hakam_II

Al-Hakam II menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya Abd-ar-Rahman III pada 961 M. Beliau berdamai dengan kerajaan Kristian di utara Iberia dan telah membina sistem pengairan untuk memajukan pertanian. Pembangunan ekonomi juga ditingkatkan dengan melakukan kerja-kerja pelebaran jalan dan pembinaan pasar.